Sorting by

×

KLINIK KESIHATAN SUNGAI RAMBAI GUNA REKA BENTUK TERKINI, DILENGKAPI KEMUDAHAN MODEN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 26 Ogos – Pembinaan klinik kesihatan baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijangka akan bermula pada tahun hadapan membabitkan kos RM43.3 juta.

Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Siti Faizah Datuk Abd Azis berkata, apabila siap kelak kemudahan kesihatan Jenis Tiga ditapak berkeluasan tiga hektar, bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai itu akan menjadi antara klinik dilengkapi fasiliti moden di Melaka.

“Projek pembinaan klinik kesihatan ini akan ditenderkan pada awal tahun hadapan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan dan ianya dijangka siap pada 2027.

“Apabila kelak siap, klinik kesihatan yang menampilkan reka bentuk baharu itu akan dilengkapi dengan fasiliti moden termasuk pusat rehabilitasi dan lif bagi memberikan keselesaan kepada penduduk,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai berkata demikian ketika ditemui selepas sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini, semalam.

Terdahulu, Siti Faizah menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk, daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

677
Kongsi :
Previous post MPAG FOKUS TANGANI ADUAN KEBERSIHAN, TERNAKAN BERKELIARAN
Next post MENTERI ASEAN ‘BERKAMPUNG’ DI MELAKA BINCANG JENAYAH RENTAS SEMPADAN