Sorting by

×

KESETIAAN LEBIH TIGA DEKAD BERSAMA SAMB DIIKTIRAF

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Menerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L), selepas tiga dekad setia bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dianggap sebagai satu pengiktirafan besar dan amat bermakna buat Morni Ali, 59.

Pembantu Teknik Kanan SAMB ini berkata, pengiktirafan itu umpama pelengkap kepada kariernya selepas 34 tahun berkhidmat bersama syarikat utiliti itu kerana bakal bersara pada tahun hadapan.

“Bermula usia 24 tahun dan ketika itu masih bujang, berkahwin, sekarang sudah ada cucu setia saya tetap bersama SAMB, ini adalah tempat saya mencari rezeki untuk menyara keluarga.

“Keringat, suka dan duka saya banyak dihabiskan bersama SAMB. Rasa bangga, gembira dan terharu kerana Kerajaan Negeri masih menghargai orang lama macam saya, ini adalah kenangan terindah sebelum saya bersara,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bapa kepada lima anak itu berkata demikian ketika ditemui selepas sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Terdahulu Morni menerima pengiktirafan itu yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam,

Morni berkata, rasa tanggungjawab dan mahu berjasa kepada masyarakat menjadi motivasi dalam dirinya untuk terus kekal berkhimat selama lebih tiga dekad.

“Sepanjang di syarikat ini saya menyaksikan banyak pembaharuan dan transformasi dilalui SAMB bagi memberikan perkhidmatan berkualiti kepada orang Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

543
Kongsi :
Previous post ‘ANUGERAH INI SATU AMANAH, HADIAH UNTUK ORANG SUNGAI RAMBAI’
Next post KOMITMEN SHAIFULFAZLEE DIHARGAI