Sorting by

×

MAIM RANGKA BAJET LEBIH INKLUSIF UNTUK 2026

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 27 Ogos – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) merangka bajet yang inklusif untuk 2026 bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberikan impak dan berkesan dalam usaha berterusan meringankan beban golongan sasar.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, usaha berterusan dilaksanakan diharap dapat membantu mentransformasi dan meningkatkan taraf hidup golongan sasar khususnya asnaf.

“Kami sedang menyiapkan Bajet 2026 dan dijangka dalam minggu ini akan ada sesi bersama Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Rahmad Mariman untuk perincian akhir.

“Kemudian perincian bajet ini akan dibawa dan diluluskan dalam Mesyuarat MAIM, semua perancangan direncanakan diharap dapat memberi impak besar dalam memperkukuhkan peranan MAIM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini, pada Isnin.

Terdahulu beliau dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, bagi mengiktiraf peranannya dalam menyuburkan syiar Islam di Melaka sepanjang memegang jawatan Setiausaha MAIM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

536
Kongsi :
Previous post TIGA DEKAD, WADE ‘LEJEN’ ALOR GAJAH MASIH DIGEMARI
Next post BUKAN SISIHKAN PENIAGA, HANYA DIMINTA PINDAH SEMENTARA