Sorting by

×

PPSPM RANCAKKAN JALINAN KERJASAMA, BANTU PELANCONG KE MELAKA BERJIMAT

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) akan terus meluaskan jalinan kerjasama bersama agensi dan pihak swasta dalam memperkasa sektor pelancongan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, inisiatif itu merupakan hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahukan setiap agensi menjalin kerjasama dalam merancakkan lagi kehadiran pelancong ke negeri ini.

Menurut beliau, menerusi jalinan kerjasama itu juga ia dapat membantu pelancong yang datang ke Melaka menikmati lebih banyak penjimatan ke produ

“MoU bersama AKCC merupakan kerjasama yang julung kali bersama kelab golf di negeri ini dan selepas ini di pihak PPSPM kita akan memperluaskan kerjasama itu ke kelab golf lain di Melaka.

“Selain itu jalinan kerjasama ini juga akan diperluaskan juga bersama agensi lain seperti Menara Taming Taming Sari dan Melaka International Bowling Centre (MIBC).

“Menerusi kerjasama strategik ini, pengunjung hanya perlu bayar dalam kadar harga yang murah tetapi dapat melawat ke banyak lokasi dan ia selari dengan hasrat PPSPM supaya pengunjung datang ke Melaka tetapi dapat berjimat dengan pakej ditawarkan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Ayer Keroh Country Club (AKCC) yang diwakili Pengerusi AKCC Datuk Rahmad Mariman, di Dataran Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar AKCC Syed Mahadzir Syed Yassin dan Ahli Lembaga Pengarah PPSPM, Mohd Fasarul Md Isa.

Menurut Shaharul Azuar, MoU antara PPSPM dan AKCC dilihat sebagai langkah strategik dalam melakukan silang promosi pengunjung, di mana PPSPM merekodkan kedatangan pengunjung seramai 60,000 orang sebulan manakala AKCC pula mencatatkan sekitar 6,000 orang.

“Sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025, MoU ini merupakan peluang dan langkah terbaik untuk agensi saling mempromosikan destinasi pelancongan.

“Kerjasama ini diyakini mampu memberikan impak positif terhadap sektor pelancongan Melaka apabila bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pengunjung tetapi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5890
Kongsi :
Previous post PERSIARAN JALAN MERDEKA DITUTUP SECARA BERPERINGKAT MULAI ESOK