Sorting by

×

BELANJAWAN 2026: KEMBANGKAN POTENSI MELAKA SEBAGAI HAB PRODUK HALAL

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KOTA LAKSAMANA 29 September – Belanjawan 2026 diharap akan memberikan tumpuan kepada usaha mengembangkan lagi potensi eksport makanan halal khususnya produk yang dikeluarkan di Melaka.

Perkara itu disuarakan pemain industri makanan Melaka kerana dianggap amat penting dalam usaha memperkukuh ekosistem produk makanan halal tempatan, sekali gus mengembangkan lagi pasaran eksport.

Pengarah Eksekutif Mamee Double Decker, Datuk Gary Choo Koo Sen berkata, pihaknya berharap Melaka dijadikan sebagai ‘halal city’ dan berperanan sebagai hab eksport produk makanan ke lebih 80 negara.

“Kita bangga sebagai anak Melaka dan mahu menjadikan negeri ini sebagai pusat pengeluaran produk halal yang mampu bersaing di pasaran dunia.

“Diharapkan mi segera tempatan akan terkenal di peringkat antarabangsa seperti produk keluaran negara lain,” katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Perdana Menteri di sebuah hotel, di sini, pada 27 September lalu.

Katanya, kerajaan perlu mempertimbangkan insentif atau pengecualian cukai (tax exemption) bagi membolehkan pengeluar makanan menurunkan kos operasi dan bersaing secara kompetitif di peringkat global.

“Kalau kos dapat dikurangkan, kita mampu lawan harga dengan pesaing antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter, Khairulnizam Kasim, pula menekankan kepentingan Kerajaan Negeri mengawal selia operasi pengawalan penginapan jangka masa pendek (STRA) bagi memastikan keselamatan dan standard perkhidmatan penginapan di Melaka terjaga.

“Kita mahu garis panduan yang jelas supaya industri hotel dan penginapan dapat beroperasi secara adil dan terjamin dari segi lesen serta keselamatan penghuni,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post TAMBAH SIREN AMARAN DI ‘HOTSPOT’ BANJIR
Next post DELEGASI, MEDIA ANTARABANGSA MELAWAT PRODUK IKONIK MELAKA