Sorting by

×

BELANJAWAN 2026: RM3 BILION GANTI PAIP USANG DI MELAKA, LIMA NEGERI

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 10 Oktober – Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion sebagai usaha untuk meneruskan misi Non-Revenue Water Kebangsaan atau Air Tidak Terhasil merujuk kepada bekalan air terawat yang tidak sampai kepada pengguna.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan antara tumpuan pada 2026 untuk menggantikan paip usang sepanjang lebih 820 kilometer di enam buah negeri.

Jelas beliau, enam negeri itu adalah Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Selangor.

“Selain itu, kerajaan juga meneruskan pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi dengan kos lebih RM400 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ di Parlimen, hari
ini.

Tambah Perdana Menteri, terkait capaian bekalan air bersih seluruh negara, Pengurusan Aset Air Berhad melaksanakan pelaburan sehingga RM13 bilion untuk lima tahun.

Ia membabitkan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dengan kapasiti merawat sehingga 760 juta liter padu sehari untuk manfaat 1.5 juta rakyat Selangor, KL dan
Putrajaya, selain LRA Machang, Sungai Karangan dan Sidam Kiri, Kedah pula membabitkan kapasiti loji sehingga 200 juta liter sehari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

412
Kongsi :
Previous post BELANJAWAN 2026: LEBIH RM700 JUTA RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN
Next post INTI PATI BELANJAWAN 2026