
BELANJAWAN 2026: MELAKA TERIMA LIMA PROJEK PEMBANGUNAN
AYER KEROH 10 Oktober – Melaka menerima lima projek pembangunan dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.
Perdana Menteri berkata, projek-projek pembangunan itu adalah hasil turun padang yang telah dilakukannya dengan kepimpinan semua negeri untuk memahami keutamaan yang diperlukan.
Justeru, beliau berkata, perencanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah mengambil kira permohonan semua negeri, termasuklah Negeri Melaka.
Mengikut teks ucapan Belanjawan 2026 yang dimuat naik di belanjawan.mof.gov.my, antara projek pembangunan yang diterima Melaka adalah jalan baharu dari Jalan Masjid Tanah Kuala Linggi ke Telok Gong, Alor Gajah dan naik taraf jalan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah, Alor Gajah.
Selain itu, ia turut membabitkan pembinaan semula bangunan daif serta bangunan tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Alor Gajah dan pembinaan semula bangunan baharu dan naik taraf bangunan asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan, Melaka Tengah.
Manakala dalam sudut pelancongan, projek pembangunan yang diterima adalah naik taraf Muzium Samudera Fasa 1, Jalan Quayside, Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
20 MANGSA DIPINDAHKAN KE PPS, TIGA SUNGAI BERADA PADA PARAS BAHAYA
AYER KEROH 28 November - Tiga sungai di negeri ini mencatatkan bacaan paras bahaya setakat jam 3 petang tadi susulan...
JPS DIMINTA SEGERA LAKSANA PELAN KONTINGENSI KURANGKAN RISIKO BANJIR
AYER KEROH 26 November - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri diminta untuk melaksanakan pelan kontingensi mengurangkan risiko banjir dalam...
TABIKA, TASKA PERPADUAN, PUSAT RUKUN TETANGGA DI MELAKA DIBAIK PULIH
AYER KEROH 28 November - Usaha meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan awal dan komuniti di Melaka diteruskan melalui pelaksanaan kerja membaik...
RIBUT TROPIKA SENYAR: 49 KES POKOK TUMBANG DIREKODKAN
AYER KEROH 28 November – Ribut Tropika Senyar yang sedang melanda beberapa negeri merekodkan sebanyak 49 kes pokok tumbang setakat...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH POKOK TUMBANG DI SELANDAR
JASIN 28 November - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar pokok tumbang di Jalan Bukit Sedanan, Selandar...
JAS SASAR PENYERTAAN SLAAS TAHUN 2026 MENINGKAT
BUKIT KATIL 28 November - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyasarkan penyertaan bagi Program Penilaian Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)...
