Sorting by

×

WRUR: SUKARELAWAN KLEBANG, BUKTI MASIH ADA YANG SAYANG

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KLEBANG 14 Oktober – Kadar penyertaan yang tinggi dalam aktiviti kesukarelawan mencerminkan warga Klebang amat prihatin terhadap golongan memerlukan sekeliling mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, perkara itu juga menjadi penanda aras atau cerminan kepada indeks masyarakat penyayang dan prihatin sesebuah kawasan.

“Kalau ramai yang sudi aktif sebagai sukarelawan dengan membantu jiran kiri dan kanan yang memerlukan, maka kita boleh kata indeks masyarakat penyayang kawasan itu tinggi.

“Tapi kalau ada orang yang perlukan bantuan berbulan-bulan namun tiada siapa ambil peduli, itu menunjukkan tahap keprihatinan masyarakat perlu diberi perhatian,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Program Perkampungan Ilmu bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di Kolej Komuniti Tangga Batu, di sini, semalam.

Menurut Ban Hong, WRUR turut berperanan sebagai platform kepimpinan negeri menilai serta menyemarakkan semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai program di peringkat akar umbi.

“Di Klebang, pasukan sukarelawan bekerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan penting membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Mereka ini bukan sahaja pergi menziarah, tetapi setiap seminggu datang untuk melihat keadaan warga emas dan golongan istimewa di DUN ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post DUA REKOD BAHARU BAKAL DIPECAHKAN DI SUNGAI MELAKA
Next post MELAKA PASTIKAN PAPAN IKLAN BERLESEN, TERSUSUN DAN SELAMAT