
25 ACARA WARNAI FESTIVAL SENI SELAT MELAKA X FESTIVAL SUNGAI MELAKA
DUYONG 14 Oktober – Sebanyak 25 acara menarik bakal disajikan kepada orang ramai pada Festival Seni Selat Melaka x Festival Sungai Melaka yang berlangsung 24 hingga 26 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, acara-acara tersebut dirangka khas untuk segenap lapisan masyarakat termasuk pelancong domestik dan luar negara yang datang ke negeri ini.
Menurut beliau, antara acara menarik yang bakal menanti pengunjung adalah pesta durian, di mana akan diadakan pertandingan makan durian terbanyak yang menawarkan hadiah menarik.
“Selain itu, kita juga ada perang daerah (tug of war), petting zoo, konsert artis popular, karnival sukan rakyat, pertandingan memancing dan banyak lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Perhimpunan Bulanan Oktober 2025 di Pejabat PPSPM, di sini, hari ini.
Pada perhimpunan tersebut, Shaharul Azuar turut menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang kepada warga kerja PPSPM yang telah menunjukkan kualiti kerja terbaik sepanjang tiga bulan lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZIARAH KASIH DUN PAYA RUMPUT SANTUNI 40 KELUARGA
PAYA RUMPUT 3 Ogos - Sebanyak 40 keluarga disantuni menerusi Program Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
MELAKA BERSELAWAT, PROGRAM PATRIOTIK WARNAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA
KLEBANG 3 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Persiaran Dataran Klebang dari 29 hingga 31 Ogos...
IBU TUNGGAL SEBAK, JELAJAH KETUA MENTERI MAKBULKAN DOA BAIKI RUMAH UZUR
TELOK MAS 3 Ogos - Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan sebak apabila hasratnya untuk membaiki kediaman yang uzur akhirnya...
IBU BAPA PUJI KOMITMEN MELAKA SAYANGI ANAK ISTIMEWA
DUYONG 3 Ogos - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas akses pemulihan dan terapi untuk anak-anak istimewa mendapat pujian ibu bapa...
AYAM RM5 TOK RAUF BAWA MAKNA BESAR UNTUK RAKYAT
TELOK MAS 3 Ogos - Lebih 2,000 ekor ayam ‘licin’ terjual menerusi inisiatif Program Jualan Murah Ayam RM5 Tok Rauf...
PENANTIAN 30 TAHUN NELAYAN TANJUNG NIBONG BERAKHIR
TELOK MAS 3 Ogos - Penantian kira-kira 30 tahun komuniti nelayan Tanjung Nibong, di sini, untuk menikmati kemudahan jeti yang...
