Sorting by

×

PANGGUNG BANGSAWAN TERUS SOKONG TEATER TEMPATAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 16 Oktober – Teater Puteri Santubong Sijinjang The Musical Fantacies pada 1 November ini akan menjadi satu lagi karya seni yang berprestij akan dipentaskan di Panggung Bangsawan.

Pengurus Besar MCORP Corporate Services Sdn Bhd (MCSSB), Datin Sukhirah Ibrahim berkata, selaku pengendali Panggung Bangsawan, MCSSB sentiasa mengalu-alukan karyawan teater tempatan untuk menjadikan panggung tersebut sebagai lokasi pementasan karya mereka.

“Di pihak kami (MCSSB), kami sentiasa menyambut baik hasrat mana-mana karyawan teater tempatan yang mahu menjadikan Panggung Bangsawan sebagai venue pementasan mereka.

“Sebagaimana hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu menjadikan Panggung Bangsawan sebagai platform memperkasa seni serta budaya tempatan, MCSSB sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi menarik sejumlah besar pemain industri seni negara untuk berkarya di panggung bersejarah ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Ketika ditanya mengenai perancangan akan datang untuk Panggung Bangsawan, Sukhirah memberitahu pihaknya merancang untuk menganjurkan festival kesenian budaya membabitkan pelbagai etnik di Melaka bagi mempromosikan seni budaya tempatan kepada pelancong luar khususnya.

“Pihak kami merancang untuk menganjurkan satu festival berkaitan seni budaya etnik di Melaka seperti Melayu, Cina, India, Peranakan Baba & Nyonya, Peranakan Chetti, Peranakan Serani (Portugis) dan Orang Asli.

“Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026), sudah tentu acara sedemikian dapat menarik sejumlah besar pelancong dari luar negara yang mahu mempelajari seni budaya tempatan amnya,” katanya.

Teater Puteri Santubong Sijinjang The Musical Fantasies akan dipentaskan di Panggung Bangsawan pada 1 November ini dan kepada anda yang berminat, boleh membeli tiket menerusi pautan berikut https://www.ticket2u.com.my/event/46233.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

526
Kongsi :
Previous post SWM ENVIROMENT TERUS PERKASA AMALAN KITARECYCLE
Next post ‘TENANG MENITI USIA SENJA, NENEK TIMAH 101 TAHUN JALANI HIDUP DENGAN CERIA’