
FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA KEMBALI
AYER KEROH 15 Oktober – Pertumbuhan industri halal negara terus dipacu menerusi penganjuran Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25) yang bakal bermula esok hingga Ahad.
MIHF kembali tahun ini dengan pelbagai pengisian dan acara yang lebih besar dan meriah.
Bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, bermacam-macam aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya, Bimbingan Pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan sesi padanan perniagaan.
Selain itu, sebanyak lebih 300 pameran produk halal dari dalam dan luar negara berserta lebih 60 kendera saji dan jualan makanan turut disediakan sepanjang empat hari MIHF’25 berlangsung.

Turut diadakan, Forum Perdana Hal Ehwal Islam; kaunter diskaun 50 peratus bayaran saman (18 dan 19 Oktober); Hiburan Keluarga: Didi & Friends serta persembahan khas daripada Inteam, Yatt Hamzah dan ramai lagi.
Justeru, orang ramai dijemput hadir memeriahkan MIHF’25 yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam kerana masuk adalah percuma.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
