
SWM ENVIROMENT TERUS PERKASA AMALAN KITARECYCLE
AYER KEROH 15 Oktober – Sebuah lagi Pusat Pandu Lalu Kitar Semula (PPLK) dibangunkan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Putat, Batu Berendam.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, PPLK itu adalah fasiliti kedua dibangunkan di Melaka menerusi program KITARecycle.
“Kemudahan ini adalah sebenarnya adalah rumah sampah diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan PPLK KITARecycle.
“Fasiliti disediakan mampu memperkasakan amalan kitar semula dalam kalangan 400 penghuni PPR Sungai Putat dan penduduk sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Terdahulu Mohd Norlisam mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed ketika tinjauan operasi hari pertama PPLK PPR Sungai Putat
Sebelum ini SWM Environment telah menyediakan PPLK KITARecycle di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh, sebuah drop-off collection point di TS Park Taman Desa Bertam dan dua buah di i-Asrama Eco Park Ayer Keroh bagi kemudahan penduduk di kawasan perumahan Teladan Group Berhad serta penghuni asrama PDG Property.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
