Sorting by

×

BANTUAN DEEPAVALI: MELAKA PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 18 Oktober – Sambutan Pesta Deepavali 2025 bukan sekadar meraikan cahaya kemenangan, bahkan menjadi simbol perpaduan dan semangat muhibah rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Bersempena perayaan itu, Kerajaan Negeri bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan bernilai RM400,000 bagi membantu komuniti India memerlukan membuat persiapan menyambut Deepavali tahun ini.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, Datuk VP Shanmugam berkata, bantuan berkenaan melibatkan penyampaian sumbangan kewangan, pakaian baharu serta kit makanan kepada lebih 250 keluarga di seluruh negeri.

“Selain itu, seramai 30 kanak-kanak menerima pakaian baharu daripada Pejabat Ketua Menteri, manakala lebih 70 pelajar lain turut menerima sumbangan daripada Persatuan Sahabat Murni Melaka bersama saya sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pesta Deepavali 2025 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan dihadiri lebih 2,000 pengunjung pelbagai kaum di Padang Nyiru, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta barisan Exco dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut mengadakan program penyerahan sumbangan Deepavali di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada menerima bantuan.

“Inilah semangat kebersamaan yang ingin kita semarakkan. Deepavali diraikan bukan sahaja oleh penganut Hindu, tetapi dikongsi bersama seluruh rakyat Melaka dalam suasana penuh muhibah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

420
Kongsi :
Previous post WRUR: KLEBANG TERIMA PELBAGAI PROJEK BERMANFAAT UNTUK RAKYAT
Next post WRUR: ANAK BUKIT RAMBAI BINTANG MASA DEPAN OLAHRAGA NEGARA