Sorting by

×

USAHAWAN MELAKA HALAL HUB TAMPIL PRODUK BERINOVASI DI MIHF’25

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

AYER KEROH 21 Oktober – Produk berinovasi tinggi dan berdaya saing di pasaran global seperti makanan retort, sedia dimakan dan segera antara yang ditawarkan oleh usahawan Melaka Halal Hub di bawah Perbadanan Melaka (MCORP) pada Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25).

Festival yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, menampilkan lebih 400 usahawan dari dalam dan luar negara bertujuan mempromosikan pelbagai produk halal berpotensi tinggi.

Antara produk yang mencuri perhatian adalah pelbagai jenis makanan retort sedia dimakan, taufufa segera dan tepung pelita segera yang dijual dalam bentuk serbuk yang mudah dihasilkan.

Kesemua produk itu menggunakan teknologi moden bagi memastikan kualiti dan jangka hayat produk kekal terjamin tanpa bahan pengawet.

Menurut Halal Eksekutif Mama G Marketing Sdn. Bhd, Ahmad Akmal Najmi Ahmad Syukri, 23, pihaknya menawarkan pelbagai jenis serbuk segera seperti taufufa, tepung pelita dan sos keju yang dibangunkan dengan sokongan penuh daripada Melaka Halal Hub.

“Kita bawakan ‘signature’ produk yang mana mudah untuk dibuat, tidak renyah dan memang berbaloi dengan harga yang rendah tapi hasilnya ‘muai’ seperti sebungkus taufufa berharga RM11 untuk 220 gram dapat menghasilkan sehingga enam bekas sederhana.

“Penyertaan di MIHF’25 kali kedua ini membuka peluang besar kepada kami memperkenalkan produk halal anak jati Melaka kepada pengunjung tempatan dan luar negara.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Melaka Halal Hub dan MCORP atas bimbingan, sokongan dan peluang yang diberikan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20251018 wa0089
NURUL Atikah menunjukkan antara produk baharu yang dijual berasaskan teknologi retort sedia dimakan di reruai Anis Cafe dalam MIHF’25, MITC, Ayer Keroh.

Sementara itu, wakil Anis Cafe, Nurul Atikah Hassan, 26, berkata pihaknya memperkenalkan produk baharu berasaskan teknologi retort sedia dimakan dengan harga yang berpatutan.

“Produk makanan retort yang kita tawarkan menampilkan lebih 43 jenis nasi dengan lauk berbeza, selain makanan berasaskan mi dan lima jenis sambal.

“Kami sangat menghargai peluang diberikan oleh Melaka Halal Hub dan MCORP untuk mempromosikan produk baharu ini di MIHF’25 yang mana ini merupakan penyertaan pertama kali.

“Sokongan yang diberi dalam pembangunan, pembungkusan dan pemasaran amat membantu kami meningkatkan daya saing,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

715
Kongsi :
Previous post PEKERJA KILANG CEDERA DILIBAS OBJEK TAJAM OLEH LELAKI TIDAK DIKENALI
Next post WRUR: ‘MASTERCLASS’ MHI DIDIK MASYARAKAT KOMUNIKASI ALAF BAHARU