Sorting by

×

RINGANKAN BEBAN, BANGKITKAN AURA KEMERIAHAN SAMBUTAN DEEPAVALI

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Oktober – Bukan sekadar meringankan beban, sebaliknya kelaziman meraikan golongan B40 setiap kali musim perayaan turut menceriakan golongan berkenaan.

Golongan B40 bukan hanya melibatkan mereka berdepan kesukaran dalam bentuk kewangan, tetapi penghidap masalah kesihatan kronik yang mengharapkan sentuhan, sokongan dan kata-kata semangat bagi meneruskan hidup.

Bagi S Suvalsini, 51, kini terpaksa berkerusi roda kerana sebelah kakinya dipotong Mac lalu akibat masalah kencing manis berkata, diraikan pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengbangkitkan aura Pesta Cahaya dalam dirinya.

“Sekarang saya mengharapkan anak lelaki tunggal bekerja sebagai pemandu lori dan anak saudara untuk melakukan aktiviti harian, suami sudah tiada, sesekali diraikan dalam majlis seperti ini saya amat gembira, lupa seketika sakit yang ditaggung.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, masih ingat dan menghargai saya, lebih istimewa majlis ini berlangsung ketika kami sedang merasai kemeriahan sambutan Deepavali,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Deepavali Parliman Masjid Tanah di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, di sini, semalam.

Sementara itu bagi ibu tunggal M Esvari, 48 berkata, sumbangan diterima amat menyentuh hatinya yang kini sedang menanggung perbelanjaan dua anak yang masih belajar termasuk seorang di institusi pengajian tinggi.

“Saya amat memerlukan bantuan ini, terima kasih atas keprihatinan Ketua Menteri, bantuan diterima saya akan masak hidangan istimewa untuk anak-anak dan beli barang keperluan lain bersempena Deepavali,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1195
Kongsi :
Previous post WRUR KLEBANG TUTUP TIRAI, 244 ADUAN RAKYAT DITERIMA, 33 DISELESAIKAN
Next post WRUR : TIGA SEKOLAH DUN KLEBANG TERIMA SUNTIKAN PEMBANGUNAN