Sorting by

×

DR. MASSILA DINOBAT TOKOH KEPIMPINAN AI UNGGUL BERTARAF DUNIA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

DURIAN TUNGGAL 16 Disember – Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dinobatkan tokoh kepimpinan unggul bertaraf dunia dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Pengiktirafan itu menyaksikan beliau menerima World Responsible Artificial Intelligence (AI) Leadership Award disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Global AI, Digital & Green Economy Summit 2025 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan UTeM, anugerah tersebut mencerminkan komitmen berterusan Dr. Massila dalam merealisasikan agenda semasa negara dan global bagi memperkasakan penggunaan AI khususnya dalam sektor pendidikan tinggi.

“Usaha ini seiring dengan proses pemerkasaan AI dan teknologi digital yang kini semakin rancak serta mempengaruhi corak peradaban digital dunia. Peranan UTeM bukan sahaja menjayakan inisiatif baharu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dalam aspek akademik, penyelidikan dan inovasi berkaitan AI serta keselamatan siber.

“UTeM turut berperanan sebagai tunjang negara dalam melahirkan tenaga kerja profesional berkemahiran tinggi berasaskan teknologi menerusi pendekatan TVET yang komprehensif dan adaptif.

“Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX) UTeM turut memperkukuh kepentingan AI gunaan (applied AI) merentas pelbagai disiplin termasuk kejuruteraan, perniagaan, automasi dan sistem pintar,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM Prof Dr. Mohd Rizal Salleh; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM Profesor Dr. Zahriladha Zakaria serta Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global UTeM Hazman Hasib.

Untuk rekod, Global AI, Digital & Green Economy Summit 2025 merupakan platform yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, industri, kewangan dan akademia bagi membincangkan peranan teknologi AI dalam mempercepat peralihan kepada ekonomi digital dan rendah karbon, selain menyokong pembangunan mampan di peringkat global.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

526
Kongsi :
Previous post 3,000 PELAJAR MELAKA KERAP PONTENG BERISIKO DITARIK KELAYAKAN TERIMA BANTUAN
Next post 2,000 PELAJAR ASNAF PARLIMEN TANGGA BATU TERIMA BANTUAN SEKOLAH