Sorting by

×

PPDK BUKIT BARU BAKAL MILIKI PUSAT TERAPI BAGI ANAK-ANAK ISTIMEWA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BUKIT BARU 17 Disember – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Baru bakal mempunyai pusat terapi sendiri bagi anak-anak istimewa.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, perancangan itu hasil kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Program Jiwa Murni (PJM).

“Tumpuan utama tahun hadapan adalah meningkatkan tahap kemudahan terapi bagi pelatih PPDK Bukit Baru, meliputi dua aspek penting iaitu pembangunan infrastruktur serta penyediaan tenaga pakar yang melaksanakan terapi.

“Dua perkara ini akan menjadi fokus utama kita, infrastruktur pusat terapi akan dibangunkan menerusi PJM, manakala fasiliti terapi pula akan dijayakan dengan kerjasama pihak swasta atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Sambutan Hari Lahir Pelatih OKU PPDK Bukit Baru sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil di Kampungku Sayang, di sini, hari ini.

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil berkata, pengalaman program terapi yang dilaksanakan di kem-kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak tahun lalu menunjukkan kejayaan yang baik dan boleh diperluas ke PPDK, khususnya Bukit Baru.

“Perancangan di PPDK Bukit Baru akan menjadi ‘pilot’ projek. Selepas adanya pusat terapi sendiri, pelatih dapat mengikuti sesi terapi secara berkala tanpa mengira latar belakang atau kemampuan keluarga.

“Ini diharap dapat meringankan beban dan meningkatkan kualiti hidup keluarga anak-anak autisme,” katanya.

Katanya, pembangunan pusat terapi sendiri ini akan menjadi langkah penting dalam mendidik dan membantu anak-anak OKU untuk berkembang dengan lebih baik sambil menyokong keluarga mereka secara menyeluruh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

500
Kongsi :
Previous post 90 PERATUS SUDAH TERIMA KAD OKU DIGITAL
Next post JURUTEKNIK KILANG KINI MENUAI REZEKI DI LADANG JAGUNG