Sorting by

×

PTPTN MELAKA SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM100,000

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 19 Disember – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka menunaikan tanggungjawab dengan melunaskan zakat perniagaan berjumlah RM100,000.

Zakat itu diserahkan pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Agensi Korporat yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat TYT, di sini, baru-baru ini.

Penyerahan zakat itu turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu, lafaz akad zakat perniagaan oleh PTPTN Melaka telah disempurnakan oleh Pengarahnya, Mas Anisah Ayu Othman dengan penuh tertib.

Ia bagi memenuhi syarat penunaian zakat perniagaan PTPTN bagi tahun kewangan berkenaan.

Menurut Mas Anisah, penyerahan zakat perniagaan itu sekali gus mencerminkan komitmen berterusan sektor korporat dalam memperkukuh dana zakat negeri.

“Seterusnya bayaran zakat ini dapat memperluaskan lagi bantuan kepada masyarakat sekitar Negeri Melaka secara lebih menyeluruh dan memberi impak positif kepada kesejahteraan ummah.

“Pada masa sama, ia turut menyokong agenda pembangunan ummah dan kebajikan asnaf di Negeri Melaka,” katanya.

Terdahulu, antara wakil PTPTN yang turut hadir pada majlis itu adalah Pengurus Cawangan PTPTN Negeri Melaka Siti Suhanafiah Soefjan Joenoes; Nor Hidayu Kassim dan Mohd Shafiq Shafee.

Majlis itu menyaksikan sebanyak 23 agensi korporat telah menunaikan zakat perniagaan pada kali ini membabitkan jumlah keseluruhan bayaran zakat lebih RM7.4 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

532
Kongsi :
Previous post INISIATIF ‘JOB COACH’ BUKTIKAN OKU MAMPU BERDIKARI
Next post MAIM TAMBAH BAIK AGIHAN BANTUAN SEKOLAH, MUDAHKAN PENERIMA