Sorting by

×

MEDIA MELAKA BANTU TINGKAT KEYAKINAN ANAK MUDA, IBU BAPA DALAM TVET

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 Disember – Peranan media amat penting dalam membantu meningkatkan keyakinan anak muda dan ibu bapa dalam bidang pendidikan teknikal di negara ini.

Hal itu diakui Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin yang menyifatkan naratif adil dan berfakta dizahirkan dalam laporan berita berkaitan pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) telah memberi impak besar kepada institusi pengajian tinggi itu.

Jelas beliau, hal itu terbukti apabila kadar kemasukan pelajar terus menunjukkan peningkatan, selain ibu bapa semakin yakin terhadap laluan pendidikan teknikal dan pada masa sama menarik minat industri terhadap bakat graduan UTeM.

“Kami menghargai apabila rakan-rakan media mengangkat berita-berita yang baik, kejayaan yang membanggakan dan inisiatif yang memberi harapan.

“Dalam masa yang sama, kami tidak menutup ruang kepada kritikan dan laporan yang kurang menyenangkan, selagi ia berpaksikan kebenaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Semarak Kasih UTeM Media 2025 di sebuah hotel, di sini, pada Rabu.

Menurut Prof. Ts. Dr. Massila, hubungan UTeM dengan media di Melaka mempunyai keistimewaan tersendiri dan lebih bermakna apabila ia dibina atas dasar saling memahami dan saling mempercayai.

“Rakan-rakan media bukan sekadar pelapor kepada aktiviti universiti, tetapi rakan strategik dalam kerjasama yang bersifat ‘win-win’ dan berpanjangan.

“Semoga setiap langkah rakan-rakan media terus diberkati, setiap pena yang menulis terus berpaksikan kebenaran, dan setiap suara yang disampaikan menjadi cahaya kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

479
Kongsi :
Previous post MPHTJ PACU BANDAR MAMPAN, BERDAYA HUNI, BERDAYA SAING 2035
Next post KARNIVAL MASJID TANAH; KAMPUNG KITA TARIK PERHATIAN ORANG LUAR MELAKA