
WRUR BUKIT KATIL: KETUA MENTERI BERSARAPAN BERSAMA KOMUNITI BUKIT PULAU
BUKIT KATIL 19 Disember – Ketibaan konvoi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang singgah untuk bersarapan di Warung Jidin, Bukit Pulau disambut meriah oleh komuniti setempat.
Persinggahan Ketua Menteri bersama komuniti itu adalah sebahagian daripada aktiviti mewarnai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.
Pada program itu Ketua Menteri turut diiringi Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil, Adly Zahari.
Ketua Menteri meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dan bergambar dengan komuniti setempat.
Beliau bersama peserta konvoi kemudian meneruskan kunjungan ke pusat penjagaan warga emas Honey Happy Home Sdn Bhd sebelum singgah menziarahi tokoh veteran DUN Bukit Katil, Datuk Yunus Hitam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NADI TAMAN SERI TELOK MAS DILANCARKAN
TELOK MAS 8 Mei - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Telok Mas menjadi yang terbaharu dibangunkan di negara...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA, INISIATIF BISTARI SOKONG PRODUK SENI MELAKA
KLEBANG 8 Mei - Pementasan Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata antara inisiatif dilaksanakan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat...
190 PUSAT KOMUNITI DESA DIAKTIFKAN BERSAMA ‘NADI’
TELOK MAS 8 Mei - Sebanyak 190 Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara bakal diaktifkan untuk berfungsi menjadi seakan-akan...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN TEROKA DUNIA LOGISTIK
AYER KEROH 8 Mei - Seramai 30 pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) bersama dua pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti...
WRUR AYER MOLEK: SELESAI ADUAN RAKYAT IKUT KATEGORI
AYER MOLEK 8 Mei - Aduan diterima sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
WRUR AYER MOLEK: MBMB BAIK PULIH, ‘HIAS’ KEDIAMAN DUA WARGA EMAS
AYER MOLEK 8 Mei - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi Program Bandaraya Penyayang menyumbangkan sebanyak RM26,000 bagi melaksanakan kerja-kerja...
