
UNIMEL DIGITALKAN MANUSKRIP BERKAITAN HANG TUAH
KUALA LINGGI 20 Disember – Institut Kajian Tuah (IKAT) Universiti Islam Melaka (UNIMEL) kini sedang dalam fasa untuk mendigitalkan manuskrip berkaitan Laksamana Hang Tuah dan ketamadunan Melaka.
Naib Canselor UNIMEL Prof Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly berkata, menerusi pendigitalan, persembahan atau perkongsian maklumat berhubung Hang Tauh menjadi lebih interaktif selain lebih mudah dicapai semua lapisan golongan.
Katanya, bukan sekadar memaparkan imej manuskrip semata-mata, sebaliknya ia disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu, sekali gus membolehkan pengguna memahami kandungan bahan bersejarah berkenaan.
“Kita juga bercadang untuk sertakan bersama bukti-bukti melibatkan kajian atau bahan penemuan lain yang menyokong kesahihan manuskrip berkenaan. Insya-Allah usaha kami mampu memartabatkan dan mengukuhkan lagi fakta mengenai kewujudkan Hang Tuah.
“Diharap usaha ini akan menjadikan sebagai pusat rujukan kajian berhubung Hang Tuah dan ketamadunan Melaka,” katanya.
Beliau berkata, IKAT juga memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan manuskrip berkaitan Hang Tuah dan ketamadunanMelaka, menjalankan aktiviti ilmiah ke arah mempekukuh sejarah dan khazanahwarisan Melaka dan menjadikan hasil penyelidikan sebagai bahan promosi pelancongan Melaka.
“Selain itu UNIMEL juga menawarkan program pasca siswazah beserta koleksi bahan rujukan Kesultanan Melayu Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


