Sorting by

×

‘HADIAH’ RM600 TANDA KOMITMEN HARGAI JASA PESARA

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 19 Disember – Hubungan baik bersama pesara tidak terhenti usai tamatnya perkhidmatan sebaliknya Kerajaan Negeri terus komited memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setiap pesara perkhidmatan awam akan menerima sumbangan RM600 sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka kepada Kerajaan Negeri.

Tambahnya, manakala waris gemulah menerima sekurang-kurangnya RM200 yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing.

“Dalam konteks tekad kerajaan untuk mensejahterakan kebajikan rakyat secara menyeluruh, Melaka turut memberi perhatian serius terhadap perubahan demografi negara yang kian ketara.

“Khususnya peningkatan jumlah warga emas yang sebahagian besarnya terdiri daripada pesara perkhidmatan awam,” katanya pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2025, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau itu dibacakan Setiausaha Kerajan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad, hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, majlis itu dihadiri 36 peserta melibatkan 29 pesara dan tujuh orang wakil gemulah.

“Angka yang mungkin kecil namun mewakili lautan besar jasa dan bakti yang membentuk wajah kemajuan negeri tercinta ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

429
Kongsi :
Previous post WRUR BUKIT KATIL: KUNJUNGAN KETUA MENTERI SENTUH HATI TOKOH VETERAN
Next post MELAKA ANJUR 1,150 JUALAN RAHMAH, HAMPIR 1 JUTA PENGUNJUNG DAPAT MANFAAT