Sorting by

×

WRUR BUKIT KATIL: KUNJUNGAN KETUA MENTERI SENTUH HATI TOKOH VETERAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUKIT KATIL 20 Disember – “Kunjungan ini amat bermakna untuk ayah terutamanya, walaupun sudah tidak lagi berkhidmat namun baktinya masih dikenang,” itu kata Mohd Yusryman Yunus, 43, anak kepada Tokoh Veteran Bukit Katil, Datuk Yunus Hitam.

Menurut Mohd Yusryman, bapanya amat terharu apabila dimaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan singgah untuk menziarahi mereka sekeluarga.

Katanya, kunjungan Ketua Menteri bersama pemimpin Negeri Melaka yang lain amat bermakna kerana bukan sahaja berasa masih dihargai sebaliknya menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri.

“Ayah juga sebak kerana dirinya masih diingati dan dihargai. Menerusi kunjungan sebegini ini menunjukkan khidmat bakti dan jasa veteran tidak pernah dilupakan.

“Tidak kira sumbangan itu kecil atau besar namun ia harus dikenang dan dihargai,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke rumahnya di Kampung Bukit Pulau bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, hari ini.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan dan Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil, Adly Zahari.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, kunjungan Ketua Menteri bukan sahaja menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri malah mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post WRUR BUKIT KATIL: AB RAUF LUANG MASA SANTUNI WARGA EMAS
Next post ‘HADIAH’ RM600 TANDA KOMITMEN HARGAI JASA PESARA