
WRUR BUKIT KATIL: AB RAUF LUANG MASA SANTUNI WARGA EMAS
BUKIT KATIL 19 Disember – Bunyi deruman enjin konvoi motosikal diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, memecah kesunyian di pusat jagaan warga emas Honey Happy Home Sdn Bhd, Bukit Baru.
Konvoi berkenaan juga umpama membawa kegembiraan apabila Ketua Menteri disambut dengan perasaan teruja dan wajah senyuman penuh ceria oleh warga emas di pusat jagaan berkenaan.
Dalam lawatan ke pusat penjagaan itu pagi tadi, Ab Rauf meluangkan masa beramah mesra, bertanya khabar serta menyampaikan kata-kata semangat kepada semua warga emas yang diraikan.
Selain itu Ab Rauf juga turut menyerahkan buah tangan iaitu ‘goodies bag’ sebelum meneruskan perjalanan konvoi ke Kampung Bukit Pulau bagi aktiviti seterusnya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil Adly Zahari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

