Sorting by

×

MEDAN KRAFTANGAN TAMAN BOTANIKAL TAWAR PELBAGAI PILIHAN UNTUK PENGUNJUNG, PELANCONG

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 15 Januari – Menempatkan lebih 15 gerai dengan pelbagai pilihan kraftangan dan cenderamata untuk dibawa pulang sebagai ‘tanda’ kunjungan ke negeri Hang Tuah, menjadikan Medan Kraftangan Taman Botanikal, lokasi wajib singgah dalam kalangan pengunjung serta pelancongan ke Melaka.

Lokasinya juga amat strategik kerana terletak berhampiran Zoo Melaka, Muzium Orang Asli dan beberapa lagi tarikan, selain tidak jauh dari Plaza Tol Ayer Keroh yang menjadi antara pintu keluar masuk utama di Melaka.

Kepada yang mengidam untuk menjamah produk warisan Melaka seperti cencaluk, inang-inang, dodol atau belacan bagi melazatkan lagi hidangan, jangan risau kerana semuanya ada di Medan Kraftangan Taman Botanikal.

6262612984374955061
AHMAD Shukri bersama isteri Roslina Halim, 60 menyusun barangan jualan yang ada di gerai mereka. Foto Afiq Mustaffa

Bagi peniaga kraftangan Ahmad Shukri Mahussin, 64, dia menawarkan lebih 500 produk kraf berasaskan rotan, buluh, mengkuang dan cengkerang pada harga amat berpatutan.

“Alhamdulillah sudah 10 tahun saya bertapak di medan kraftangan ini, lokasi stategik berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh dan tarikan lain menjadikan medan ini popular dalam kalangan pengunjung serta pelancong luar Melaka,” katanya.

6262612984374955073
MUHAMMAD Ammar menunjukkan dodol yang merupakan salah satu produk jualan di gerainya.Foto Afiq Mustaffa

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Muhammad Ammar Muhamaad, 29, berkata, meskipun menawarkan produk hampir sama tetapi setiap gerai memiliki tarikan yang tersendiri untuk memikat pelanggan.

Dia mengakui lokasi berkenaan tidak popular jika dibandingkan destinasi tarikan di Banda Hilir, namun hasil promosi pelancongan berterusan dilaksanakan Kerajaan Negeri pengunjungg singgah ke Medan Kraftangan Taman Botanikal kini semakin meningkat.

“Bagi mereka yang ingin mencari produk buatan orang kampung atau Bumiputera, Medan Kraftangan Taman Botanikal pilihan yang tepat untuk dikunjungi sebelum pulang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

419
Kongsi :
Previous post DOKUMEN PALSU TULAR, JABATAN PERTANIAN MELAKA LAPOR POLIS
Next post BOM 227KG MASIH AKTIF DITEMUI DI JASIN