Sorting by

×

SETIAP INISIATIF DILAKSANAKAN PBT PERLU UTAMAKAN RAKYAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 16 Januari – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta supaya terus memperkukuh peranan sebagai barisan hadapan kerajaan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, PBT bukan sekadar sebagai pentadbir bandar dan daerah, sebaliknya memainkan peranan lebih besar kepada peningkatan kualiti hidup rakyat, kelestarian alam sekitar serta daya tahan komuniti.

“Dalam aspek perumahan dan pembangunan tahun 2026, saya meminta agar PBT memainkan peranan lebih aktif bagi memastikan pembangunan dilaksanakan secara terancang, seimbang dan berdaya huni.

“Isu kelulusan, pematuhan peraturan serta penguatkuasaan pula hendaklah dilaksanakan secara telus, berintegriti dan sentiasa berorientasikan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 di Pentas Utama Kompleks Melaka Mall, di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron serta kakitangan MPHTJ.

Zulkiflee turut menegaskan keperluan untuk memperkukuh tadbir urus kerajaan tempatan dengan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan serta memanfaatkan teknologi digital dalam urusan pentadbiran.

“PBT perlu bergerak seiring dengan arus pendigitalan bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan lebih cekap, pantas dan mesra rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post 2,775 ORANG MELAKA TERPEDAYA JENAYAH SIBER TAHUN LALU
Next post TANAH WAKAF MAIM DIMANFAATKAN JADI PUSAT SUKAN MENUNGGANG KUDA