
AHLI PERNIAGAAN RUGI LEBIH RM2.7 JUTA DIPERDAYA PHONE SCAM
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata mangsa, 64, menerima panggilan pada awal September tahun lepas daripada suspek yang mendakwa beliau terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram.
Beliau berkata suspek, yang mengaku bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, mengarahkan mangsa memindahkan wang berjumlah RM2.7 juta ke lima akaun bank berbeza bagi mengelak tindakan undang-undang.
“Mangsa juga diarahkan tidak menyemak atau membuat sebarang transaksi daripada akaun berkenaan bagi tujuan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam semua akaunnya telah lesap dan membuat laporan di (IPD) Kuala Terengganu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM78.67 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Peruntukan kebajikan rakyat Melaka terus meningkat saban tahun, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menghulur tangan...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA BERKONSEP MELAKA SAYANG RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka...
PERPADUAN ASAS ‘KELUARGA BESAR MELAKA’
KLEBANG 4 Mac - Melaka terus menjadi contoh terbaik sebagai negeri yang memiliki perpaduan dan keharmonian yang utuh apabila sesebuah...
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
