
LAPORAN KEHILANGAN NADIA KESUMA DIRUJUK KEPADA KONSULAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI
Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi dalam kenyataan hari ini berkata laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga pelakon itu di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, di sini semalam, diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).
“Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kehilangan pelakon itu,” katanya.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi IPD KLIA melalui talian 03-87768222 atau pegawai penyiasat Insp Puvanesan a/l Raja Segeran, 019-5883034.
Media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik itu gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis.
Kehilangan itu turut disahkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata beliau secara peribadi telah memaklumkan perkara terbabit kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menjejaki pelakon berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026 BAKAL GEGAR MELAKA
AYER KEROH 25 Julai - Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 bakal menggegarkan Melaka selama empat hari berturut-turut dengan pelbagai...
31 OGOS: PPSPM SIAP SEDIA TERIMA LONJAKAN PENGUNJUNG
DUYONG 25 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjangkakan antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung akan mengambil peluang...
ZOO MELAKA TERUS JADI ‘PELINDUNG’ HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh komitmennya dalam usaha konservasi Harimau Malaya menerusi penganjuran Sambutan Hari Harimau...
PASAR JASIN BERWAJAH BAHARU, LEBIH MODEN DAN KONDUSIF
JASIN 24 Julai - Pembinaan Pasar Jasin baharu yang dijangka siap pada penghujung September depan bakal menempatkan 54 peniaga dengan...
MAIM LANCAR TABUNG SAHAM WAKAF MASJID DESA TUN ALI
BUKIT KATIL 24 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melancarkan tabung saham wakaf bagi membiayai dana pengambilan tapak untuk...
NRES IKTIRAF POTENSI BESAR ZOO MELAKA SEBAGAI IKON PELANCONGAN
AYER KEROH 24 Julai - Zoo Melaka berpotensi muncul sebagai antara destinasi pelancongan utama negara menerusi pelbagai usaha penambahbaikan fasiliti...
