Sorting by

×

SERONOK LAYAN KELETAH HAIWAN DI ZOO MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 19 Januari – Selain membersihkan kandang haiwan dan memberi makan, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Pagoh berpeluang merasai sendiri pengalaman menjadi seorang ‘zookeeper’.

Inisiatif itu dilaksanakan Zoo Melaka menerusi Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang menjadi antara program sampingan sepanjang tahun 2026.

Muhammad Aiedil Syazwi Razali, 25, yang ditugaskan menjaga bahagian gajah berkata pengalaman itu sangat bermakna dan menyeronokkan.

“Saya dan rakan-rakan membersihkan kawasan persembahan, potong buah dan memberi makan gajah.

“Ini pertama kali saya berada begitu dekat dengan haiwan besar, seronok tengok keletah mereka dari dekat, berbeza daripada hanya jadi pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6298407456568184508
PESERTA diberi peluang membersihkan kandang gajah di Zoo Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Bagi Farhan Nazmi Ahmad Sayuti, 20, yang menjaga kuda poni menyifatkan karakter haiwan di Zoo Melaka sangat berbeza dan unik.

“Setiap kuda poni ada karakternya sendiri, ada yang jinak dan nakal. Saya diberikan peluang membersihkan kandang sambil berinteraksi dengan haiwan ini seperti ‘zookeeper’ sebenar,” katanya.

Manakala Nur Farah Hana Norizan, 20, yang ditugaskan di ‘Animal Kitchen’ merasai keseronokan dapat melihat sendiri proses bagi penyediaan makanan haiwan di Zoo Melaka.

“Jika diberikan peluang untuk sertai program CSR begini lagi saya ingin cuba menjaga haiwan pula selepas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

286
Kongsi :
Previous post ‘HEBAT’ DIADAKAN SETIAP 45 HARI, WRUR DITAMBAH BAIK
Next post PERISTIWA ISRAK MIKRAJ PERKUKUH KEIMANAN MUALAF MAIM