Sorting by

×

KDNK MELAKA MENINGKAT 4.4 PERATUS

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 19 Januari – Prestasi ekonomi Negeri Melaka mencatat pertumbuhan memberangsangkan apabila nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 4.4 peratus.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia meningkat kepada RM48.9 bilion pada tahun 2024.

Jelas beliau, pada 2025 pula, KDNK negeri diunjurkan mencapai sasaran pertumbuhan sekitar 4.5 hingga 5 peratus selari dengan pertumbuhan KDNK Malaysia.

“Mengikut data, pada Suku Tahun Ketiga 2025, seramai 521,600 penduduk Negeri Melaka direkodkan bekerja, sekali gus menyumbang kepada kadar pengangguran yang kekal rendah iaitu 2.4 peratus.

“Ini sekali gus mencerminkan kestabilan pasaran buruh dan keberkesanan dasar pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 YAB Ketua Menteri bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post MELAKA MELANGKAH GAGAH, LEBIH 200 PENCAPAIAN DILAKAR
Next post ‘MELAKA ATAPNYA TAK BOCOR’ – KM