Sorting by

×

TIADA ISU RAKYAT BOLEH ‘DISIDAI’ TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 19 Januari – Kerajaan Negeri menetapkan visi jelas bahawa tiada isu rakyat yang boleh dibiarkan berlarutan tanpa tindakan jelas sepanjang tahun ini.

Ketua Menteri berkata, setiap isu atau masalah perlu disantuni sebaiknya dan sekiranya berlaku kelewatan, perlu ada justifikasi yang munasabah, selain setiap tindakan juga mesti dicatat dan dipantau hingga selesai.

“Dalam fasa ini, saya mahu setiap isu yang sampai ke meja mesti disambut dengan penyelesaian. Budaya kerja bersifat defensif, saling menyalahkan atau berpaut kepada cara lama tidak lagi relevan dalam landskap pentadbiran hari ini.

“Erti kata lain, penjawat awam negeri mesti berfikir dan bertindak sebagai problem solver, bukan hanya sekadar pelaksana prosedur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 YAB Ketua Menteri bertemakan Tahun Pelaksanaan: Petunjuk Kemampanan, Menyelesaikan Amanah, Memperkukuh Prestasi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut meminta seluruh penjawat awam negeri agar tidak lagi berlindung di sebalik frasa ‘ini bukan bidang saya’.

Tegas beliau, pesanan itu amat penting kerana apabila isu rakyat berlarutan, kegagalan itu bukan kegagalan satu jabatan, tetapi kegagalan Kerajaan Negeri secara keseluruhan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

241
Kongsi :
Previous post ABANG, ADIK CEDERA MOTOSIKAL TERBABIT KEMALANGAN DENGAN PERODUA MYVI
Next post PROJEK BERORIENTASIKAN RAKYAT PERLU JADI KEUTAMAAN DI MELAKA