Sorting by

×

AYAM PERCUMA, REZEKI PAGI WARGA DURIAN TUNGGAL

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DURIAN TUNGGAL 20 Januari – Pemberian ayam percuma sempena Program Jualan Rahmah Kasih Sayang Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal  berlangsung di Kampung Pulau, di sini, hari ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, program tersebut yang diumumkan menerusi siaran TikTok sebelum ini berjaya menarik kehadiran warga Durian Tunggal seawal jam 9 pagi.

Whatsapp image 2026 01 20 at 11.54.28 am
SEBAHAGIAN penduduk Durian Tunggal beratur bagi mendapatkan ayam percuma pada program tersebut. Facebook Zahari Abd Kalil

Menurutnya, pada asalnya hanya 100 ekor ayam percuma disediakan untuk diagihkan kepada penduduk, namun sambutan menggalakkan memaksa pihak penganjur menambah jumlah agihan kepada 240 ekor ayam.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Ramai penduduk hadir lebih awal dan beratur untuk mendapatkan ayam percuma ini,” katanya.

Zahari turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga DUN Durian Tunggal atas sokongan padu terhadap setiap program kebajikan yang dianjurkan di kawasan tersebut.

“Program Jualan Rahmah Kasih Sayang ini merupakan antara inisiatif membantu penduduk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan serta memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

“Insya-Allah, program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan diperluaskan ke lokasi lain demi meringankan beban rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post PEMEGANG ‘PASSPORT MELAKA TOURISM’ NIKMATI DISKAUN 80 PERATUS DI 63 LOKASI
Next post GALERI JUALAN GTP MUDAHKAN URUSAN PELABUR