Sorting by

×

SARA DAN BUDI 95: PERMOHONAN TUKAR MYKAD DI MELAKA NAIK 140 PERATUS

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 20 Januari – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka merekodkan peningkatan ketara permohonan penukaran MyKad susulan pengesahan identiti bagi kelayakan menerima bantuan kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI 95.

Pengarah JPN Melaka Mohd Dzulkarnain Baharuddin berkata, peningkatan 140 peratus direkodkan bagi tempoh September hingga Disember 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, untuk tempoh sepanjang 2025 JPN Melaka menerima permohonan pertukaran sebanyak 4,269 manakala bagi tahun 2024 sebanyak 1,776 permohonan.

“Januari sehingga Ogos tahun lalu, JPN Melaka menerima seramai 1,822 individu membuat penukaran MyKad. Bagi tempoh sama 2-24 pula permohonan diproses adalah sebanyak 1,576.

“Kita merekodkan peningkatan ketara sebanyak 140 peratus susulan pelaksanaan inisiatif BUDI 95,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Bil 1/2026 dan Perutusan Amanat Pengarah Pendaftaran Negeri (PPN) Melaka sempena Tahun Baharu 2026 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Dzulkarnain berkata kebanyakan penukaran MyKad dibuat disebabkan masalah cip tidak dapat dibaca.

“Kita harap sekiranya ada yang berdepan masalah terbabit untuk tampil ke mana-mana JPN berhampiran dan kadar bayaran bagi penukaran MyKad kekal RM10, selaras dengan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post CUTI KHAS AWAL RAMADAN: PENJAWAT AWAM MELAKA TERHARU, HARGAI KEPRIHATINAN KETUA MENTERI
Next post INISIATIF MESRA OKU ANGKAT MPJ SEBAGAI PBT PRIHATIN