Sorting by

×

JPN MELAKA TERIMA 71 PERMOHONAN TUKAR KETURUNAN BABA NYONYA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 20 Januari – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka menerima 71 permohonan pertukaran keturunan kepada Baba Nyonya setakat 20 Januari 2026.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Dzulkarnain Baharuddin berkata, JPN negeri telah meluluskan 22 permohonan selepas melalui proses semakan dan penilaian.

Katanya, sementara itu baki belum diluluskan ketika ini sedang dalam peringkat semakan dokumentasi termasuk sokongan daripada Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia.

“Setiap permohonan akan melalui tapisan rapi termasuk semakan dokumen dan sesi temu duga bagi memastikan kesahihan keturunan sebelum kelulusan diberikan.

“Melaka merupakan negeri perintis bagi pelaksanaan inisiatif ini memandangkan jumlah komuniti Baba dan Nyonya yang agak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Bil 1/2026 dan Perutusan Amanat Pengarah Pendaftaran Negeri (PPN) Melaka sempena Tahun Baharu 2026 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan Yong Hoe.

Mengulas lanjut, Mohd Dzulkarnain memaklumkan bermula 1 Januari tahun ini, semua permohonan membabitkan pertukaran keturunan Baba Nyonya boleh dilakukan di semua cawangan JPN seluruh negara.

“Kesemua permohonan yang diterima setakat ini adalah daripada pemohon dari Melaka, bagaimanapun selepas ini permohonan pertukaran keturunan kepada Baba dan Nyonya boleh dibuat di mana-mana pejabat JPN di seluruh negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post GALERI JUALAN GTP MUDAHKAN URUSAN PELABUR
Next post HELMY MAHU TAJA 10 ANAK DUYONG IKUTI KELAS AL-QURAN