Sorting by

×

SEMANGAT ‘WANITA BESI’

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

JASIN 28 Januari – ‘Iron lady’ adalah gelaran yang sesuai bagi menggambarkan wanita pemilik nama Nur Farah Liyana Mohd Hisham, 30, ini.

Anak jati kelahiran Kampung Kesang Jaya, Jasin antara wanita yang menyahut cabaran menarik kenderaan pacuan empat roda (4×4) menerusi petandingan ‘fitness challenge’ anjuran Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Dataran Vista Alamanda (D’Va) MPJ, di sini, Sabtu lalu.

Siapa menyangka meskipun memiliki susuk tubuh yang kecil, Nur Farah Liyana dengan berbesar hati menyahut cabaran terbuka, walaupun itu adalah pengalaman pertamanya menarik kenderaan dengan berat menghampiri dua tan.

Katanya, dia berasa tercabar selain didorong perasaan ingin mencuba apabila melibat beberapa peserta wanita lain menyahut cabaran berkenaan.

“Saya memang gemarkan aktiviti lasak sejak zaman persekolahan lagi dan suka mencabar diri dengan aktiviti seperti ini. Jika tidak isi masa dengan program seumpama ini saya akan menunggang motosikal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2026 01 27 at 11.31.51 am (1)
NUR Farah Liyana.

Dia juga menjadikan penglibatan secara aktif sebagai anggota simpanan Askar Wataniah digunakan untuk mengasah mental dan fizikal yang amat penting bagi setiap individu yang meminati sukan lasak.

Pertandingan itu juga bersempena Program Komuniti MADANI MPJ sempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Jasin ke-19 yang disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

466
Kongsi :
Previous post BATU BERLUMUT, PEMANDANGAN ‘MATA BURUNG’ SAUJANA BUKIT PERCHA
Next post MEMPERKASA MASYARAKAT ORANG ASLI BUKIT PAYUNG