Sorting by

×

KEBAJIKAN, KESELESAAN RAKYAT FOKUS PELAN STRATEGIK 5 TAHUN MPAG

Masa Membaca:59 Saat

ALOR GAJAH 29 Januari – Agenda dalam membantu rakyat dan penambahbaikan kemudahan awam antara fokus utama Pelan Strategik Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2026-2030.

Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, pelan strategik yang merupakan hala tuju pembangunan lima tahun MPAG itu bermula 2026 dengan memastikan setiap agenda disusun memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

“Dalam pelaksanaan pelan strategik ini MPAG menggariskan lima tahun perancangan bermula 2026 dengan memastikan semua agenda yang membantu rakyat dilaksanakan.

“Menerusi pelan ini perkara melibatkan kemudahan infrastruktur awam dibawah tanggungjawab majlis dan penyelarasan antara jabatan-jabatan daerah seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Pentadbiran MPAG yang turut dihadiri Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, di Dewan Bougainvilla, semalam.

Menurut TPr. Saifuddin, pelan strategik itu juga menjadi panduan utama MPAG dalam merancang dan melaksanakan pembangunan lebih mampan.

“Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti hidup penduduk serta kecekapan penyampaian perkhidmatan sepanjang tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama Saifuddin turut menyampaikan Buku Pelan Strategik Tahun 2026-2030 kepada ketua jabatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

362
Kongsi :
Previous post IKAN KELI AIR PERIGI RASA LEBIH ENAK
Next post MAIM PERUNTUK LEBIH RM7.9 JUTA UNTUK BANTUAN RAMADAN, SYAWAL