Sorting by

×

NAIK TARAF BULATAN TOL SIMPANG AMPAT DIJANGKA BERMULA PENGHUJUNG 2026

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

TABOH NANING 29 Januari – Kerja-kerja naik taraf dan pelebaran jalan di bulatan Tol Simpang Ampat yang juga pintu masuk utama ke Melaka dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, projek berkenaan yang diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) itu antaranya strategi
penyuraian trafik di kawasan terbabit.

“Untuk kerja-kerja naik taraf kawasan itu dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal 2027 yang mana lawatan tapak juga sudah dibuat oleh KKR.

“Malah difahamkan projek itu sudah ditenderkan kepada kontraktor yang terpilih membabitkan kos pelaksanaan projek kira-kira RM21 juta,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, kerja naik taraf itu merangkumi beberapa aspek termasuk pelebaran jalan dari satu lorong kepada dua lorong setiap laluan dan sistem perparitan.

“Projek naik taraf ini dijangka akan mengambil masa dua tahun dan apabila siap kelak kawasan Tol Simpang Ampat akan berwajah baharu.

“Diharapkan usaha ini dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya selain menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di kawasan sekitarnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

438
Kongsi :
Previous post MAIM PERUNTUK LEBIH RM7.9 JUTA UNTUK BANTUAN RAMADAN, SYAWAL
Next post PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA TERIMA PENGIKTARAFAN ANTARABANGSA