Sorting by

×

ZIARAH ‘POGHUT’ AYER LIMAU SEPANJANG RAMADAN

Masa Membaca:57 Saat

AYER LIMAU 10 MAC – Berpuasa tidak membantutkan kesungguhan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang sentiasa memastikan kebajikan rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sentiasa mendapat perhatian dan pembelaan.

Katanya, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk membantu meringankan rakyat di DUN berkenaan sepanjang Ramadan khusus menerusi program Ziarah Kasih melibatkan lebih 600 orang penerima bantuan dalam pebagai bentuk mengikut keperluan masing-masing.

Hameed berkata, antara yang diberikan perhatian adalah ibu dan bapa muda, golongan asnaf dan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan termasuk yang terlantar akibat penyakit kronik.

“Setakat ini Jeperun Ayer Limau menyantuni 100 individu dalam DUN ini yang menghidap pelbagai masalah kesihatan dan tidak ketinggalan hampir 40 wanita yang kini sedang berjuang melawan kanser.

“Inisiatif membantu rakyat tidak pernah berhenti, lebih lagi sepanjang Ramadan dan kedatangan Syawal tidak lama lagi, menjadi hasrat saya agar kita meraikan kedua-dua bulan istimewa ini dalam usasana ceria serta penuh kegembiraan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, selain program kebajikan pihaknya turut menyusun pelbagai majlis ilmu sepanjang Ramadan yang termasuk Program Taqarrun Ramadan DUN Ayer Limau 2026 yang diadakan di masjid serta surau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2950
Kongsi :
Previous post MAIM AGIH MAKANAN SUNNAH KEPADA ASNAF, ‘FRONTLINERS’
Next post 650 ANAK PARLIMEN JASIN TERIMA BAJU RAYA