Sorting by

×

PENDUDUK AYER LIMAU PUJI GAGASAN MeSRa, HARGAI BANTUAN HARI RAYA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER LIMAU 16 Mac – Rata-rata penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau memuji dan menghargai pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang turut memfokuskan kebajikan rakyat terutama pada musim perayaan.

Menurut Muhammad Hafiz Jamil, 28 dari Kampung Lekok, menyifatkan gagasan MeSRa banyak memberi manfaat kepada golongan yang kurang mampu di negeri ini.

“Selain pemberian sumbangan menjelang Aidilfitri, pelbagai lagi program yang dijalankan untuk menunjukkan wakil rakyat peduli terhadap penduduk dalam kawasan mereka.

“Sebagai contoh Japerun Ayer Limau memaklumkan mengenai Jualan Mantai Aidilfitri menawarkan ayam segar pada harga RM5 seekor, perkara ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Muhammad Hafiz berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mewakili neneknya mengambil sumbangan pada Program Cahaya Syawal di Masjid Datuk Janggut, Paya Rumput, di sini, pada Sabtu.

Img 20260314 wa0017
KHADIJAH.

Nada sama turut disuarakan warga emas, Khadijah Ab Ghani, 63 yang berasal dari Bukit Apit dan menekankan bahawa gagasan MeSRa tidak meminggirkan golongan sepertinya.

“Dengan penyerahan sumbangan hari raya, program ziarah kasih dan jual ayam serendah RM5 seekor, pada saya itu adalah tanda keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat. Terima Kasih.

“Kita harap lebih banya inisiatif seumpama ini akan diteruskan bagi meringankan beban rakyat sekali gus memastikan manfaat gagasan MeSRa dirasai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

377
Kongsi :
Previous post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA ACARA TRADISI, LAMBANG SAYANG RAKYAT
Next post GAGASAN ‘MESRA’ BAWA SINAR KECERIAAN BUAT PENJAWAT AWAM MELAKA