Sorting by

×

PARKIR PERCUMA TAMBAH KEMERIAHAN ‘MOOD’ RAYA DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PANTAI KUNDOR 17 Mac – Inisiatif parkir percuma selama seminggu membabitkan hampir 40,000 petak parkir di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Negeri Melaka bakal menambah kemeriahan ‘mood’ raya di negeri ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif itu membabitkan implikasi kewangan hampir RM1 juta, sekali gus menjadikan Melaka sebagai yang pertama menzahirkan pemberian seumpamanya.

Menurut beliau, ia secara tidak langsung tmembantu menggamit kehadiran orang ramai ke lokasi tumpuan, termasuk kawasan pelancongan, sekali gus memacu ekonomi negeri ini terus berkembang.

“Saya yakin Melaka akan menjadi perhatian ramai kerana dengan inisiatif ini, baik rakyat Melaka, mahupun pelancong dapat menikmati manfaatnya.

“Inilah yang dihasratkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahu semua merasai suasana kemeriahan hari raya di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kacau Dodol Perdana dan Masak Kuih Tradisional DUN Pantai Kundor anjuran Japerun Pantai Kundor di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim.

Dalam pada itu, Rais turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi papan tanda dan kawasan tempat letak kenderaan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Jelas beliau, pematuhan juga amat penting bagi mengelakkan berlaku kesesakan di lokasi-lokasi tumpuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

380
Kongsi :
Previous post RAMADAN BAWA KECERIAAN BUAT ANAK ISTIMEWA ALOR GAJAH
Next post SKM SEMARAK IHYA RAMADAN KOPERASI MELAKA