Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU PADA 4 APRIL

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MERLIMAU 18 Mac – Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini dengan sasaran kehadiran pengunjung seramai 45,000 orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, bertempat di lokasi sama iaitu di Dataran Orang Kampung, sambutan rumah terbuka itu dijadualkan akan diadakan pada 4 April depan.

“Penganjuran rumah terbuka ini adalah khusus untuk rakyat selain memberi peluang kepada masyarakat menikmati juadah Aidilfitri dalam suasana muhibah.

“Kita hendak bagi rakyat makan, jadi kenapa perlu dihalang tidak bankrap negara atau negeri. Lainlah kalau mahu mengadakan sambutan yang tidak memanfaatkan rakyat,” katanya kepada pemberita.

Dr. Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri menambah, sambutan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pengunjung, malah turut memberi limpahan ekonomi kepada peniaga dan usahawan tempatan yang terlibat dalam penyediaan makanan termasuk logistik.

“Dalam penganjuran rumah terbuka ini, ada rantaian bekalan atau ‘supply chain’ yang terlibat termasuk vendor tempatan dan peniaga kecil jadi ia membantu menjana pendapatan.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat kerana banyak pihak mendapat manfaat daripada penganjuran sebegini,” katanya.

Jelasnya, selain penduduk Merlimau turut dialu-alukan memeriahkan sambutan rumah terbuka itu penduduk Melaka yang berdekatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

441
Kongsi :
Previous post SETEM BERUSIA SATU ABAD JADI TARIKAN DI MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI
Next post MELAKA RIVER CRUISE SEDIA TERIMA RIBUAN PENGUNJUNG AIDILFITRI INI