Sorting by

×

MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN, DIYAKINI PELABUR

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Mac – Nilai pelaburan tertinggi berumlah RM14.68 bilion dalam tempoh 22 tahun direkodkan di Melaka mencerminkan perkembangan ekonomi negeri yang berkembang positif.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, angka itu juga membuktikan bahawa Melaka adalah destinasi yang mesra dan diyakini oleh pelabur meskipun dunia hari ini berdepan pelbagai cabaran serta ketidaktentuan ekonomi global.

“Justeru, pelaburan inilah yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak Melaka, merancakkan ekonomi peniaga kecil dan usahawan tempatan, sekali gus menjadi jaminan bahawa masa depan Melaka akan terus berkembang maju dan gemilang.

“Insya-Allah, selagi saya diberikan kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT, saya akan memastikan bahawa setiap kemajuan ini dirasai sehingga ke ceruk kampung di Masjid Tanah,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Peringkat Parlimen Masjid Tanah di Masjid Sultan Ibrahim, Air Hitam Pantai, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama EXxco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Adun Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Yang turut hadir Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Adun Kuala Linggi, Datuk Rosli bin Abdullah serta Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas.

\Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

557
Kongsi :
Previous post MeSRa: MELAKA SENTIASA SAYANG ASNAF