Sorting by

×

MeSRa: MELAKA PERKASA BELIA, BUKA PELUANG KERJAYA BERKEMAHIRAN DENGAN TVET

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 29 Mac – Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Melaka terus diperkasa sebagai platform utama membuka lebih banyak peluang kerjaya berkemahiran tinggi kepada golongan belia di negeri ini.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, pelbagai inisiatif di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) telah dirangka bagi memastikan rakyat khususnya anak muda mendapat akses kepada latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa.

Menurutnya, usaha tersebut bukan sahaja memberi peluang meningkatkan kemahiran, malah membantu melahirkan tenaga kerja berkualiti yang mampu memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.

“TVET ini membuka laluan kepada belia untuk mendapatkan kemahiran khusus yang terus boleh digunakan dalam industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka.

“Kita mahu lebih ramai anak Melaka mengambil peluang ini kerana banyak program telah disediakan, termasuk latihan secara fleksibel yang boleh disertai walaupun mereka sudah bekerja atau bergelar graduan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan program dan kursus yang ditawarkan melalui laman sesawang rasmi www.tvetmelaka.com,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan inisiatif TVET sempena tiga tahun pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 31 Mac ini.

Dalam pada itu, Khaidhirah berkata, pendekatan seperti penubuhan TVET Excellence Centre dan pelaksanaan ‘1 TVET 1 DUN’ menjadi antara langkah strategik bagi memperluas capaian latihan kemahiran kepada masyarakat di seluruh negeri.

“Pendekatan ini memastikan peluang TVET lebih dekat dengan rakyat di peringkat akar umbi, sekali gus memudahkan penyertaan lebih ramai golongan belia.

“Ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan TVET sebagai pemangkin pembangunan modal insan yang berdaya saing.

“Dengan sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri serta penglibatan pelbagai pihak, TVET di Melaka diyakini mampu menjadi pemacu utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir berpendapatan tinggi pada masa hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

469
Kongsi :
Previous post TEMA MELAKA SAYANG RAKYAT TERCAPAI
Next post RUMAH TERBUKA MACHAP JAYA JAMU JUADAH TRADISIONAL, SEMARAK AIDILFITRI DALAM SUASANA MUHIBAH