Sorting by

×

MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 31 Mac – Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, pencapaian itu dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri berjaya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM14.68 bilion pada tahun lalu, di mana ia merupakan rekod tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Jelas beliau, kekuatan ekonomi itu secara tidak langsung menjadi antara pencapaian utama dalam tempoh tiga tahun memimpin pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Ini bukan sekadar angka pelaburan… inilah yang menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri menyediakan peluang pekerjaan, inilah rezeki kepada rakyat dan inilah masa depan ekonomi Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di MelakaFM menerusi segmen ‘Dak Rauf Masuk Konti’ Sempena 3 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Menurut Ketua Menteri, fokus Kerajaan Negeri dalam memperkasa ekonomi tidak pernah terhenti, sebaliknya akan terus dilipatgandakan dalam usaha mengangkat Melaka sebagai negeri yang mencipta sejarah baharu.

“Apa yang lebih penting, kita tidak akan berhenti di sini. Langkah kita selepas ini lebih besar iaitu lebih banyak pelaburan; lebih banyak peluang pekerjaan dan lebih banyak kemudahan untuk rakyat.

“Insya-Allah…kita akan lakukan apa sahaja yang terbaik untuk Melaka. Lagi pula, dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini, Kerajaan Negeri akan terus proaktif memastikan Melaka bukan sahaja maju, tetapi berdaya saing dan relevan di peringkat global,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

876
Kongsi :
Previous post 390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
Next post PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA