Sorting by

×

LEBIH 10,000 SERBU MENARA TAMING SARI SEMPENA AIDILFITRI

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 2 April – Menara Taming Sari terus menghidupkan sektor pelancongan negeri apabila diserbu pengunjung selepas dibuka pada hari raya kedua Aidilfitri lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata, pihaknya merekodkan kehadiran pengunjung melebihi 10,000 untuk tiga hari selepas dibuka semula.

Katanya, kehadiran pengunjung yang ramai itu berikutan beberapa faktor iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri dan susulan cuti persekolahan yang panjang selama seminggu.

“Operasi Menara Taming Sari ditutup pada hari pertama Aidilfitri sahaja sebelum kembali dibuka kepada orang ramai keesokan harinya, sekali gus menyaksikan lonjakan kehadiran pengunjung yang tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan Bandaraya Melaka dari udara.

“Kita menerima lebih 3,000 pengunjung sehari selepas dibuka dengan kehadiran luar biasa kita dapati rata-rata pelancong yang hadir adalah pengunjung domestik yang mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut Nur Azan berkata, Menara Taming Sari akan kembali merancakkan sektor pelancongan negeri dengan pelbagai aktiviti dan program poket sehingga hujung tahun ini.

“Pelbagai program kita rangkakan untuk terus menghidupkan sektor pelancongan negeri memandangkan kita masih lagi dalam Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

474
Kongsi :
Previous post KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
Next post 40,000 PELAWAT DIJANGKA KUNJUNGI MUZIUM MELAKA SEPANJANG MUSIM PERAYAAN