Sorting by

×

AGENDA MELAKA LESTARI, BERDAYA TAHAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

SUNGAI UDANG 2 April – Kerajaan Melaka sentiasa meletakkan pembangunan mampan sebagai teras utama dalam mencorakkan masa depan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, perkara itu adalah selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035), sekali gus memperkukuh sokongan terhadap aspirasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berteraskan prinsip Sifar Sisa, Sifar Toksik dan Ekonomi Kitaran.

“Meskipun Melaka ini kecil daripada segi geografinya, namun kita tidak pernah kecil dalam tekad dan tindakan bagi memastikan agenda kelestarian ini benar-benar diterjemahkan di peringkat akar umbi.

“Di Melaka, antara usaha yang telah dan sedang kita laksanakan termasuk mengumpul sisa kitar semula melebihi 1.2 juta kilogram (kg) melalui 18 Pusat Pandu Lalu atau Drive Thru Recycling Center (DTRC).

“Kedua, pelaksanaan Program Trash to Cash dimana rakyat telah menerima ganjaran tunai melalui sisa kitar semula, dengan jumlah keseluruhan kini melebihi RM705,000. Ketiga, memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan generasi muda melalui Pertandingan Kitar Semula Sekolah (PERKISS), yang melibatkan lebih 70,000 murid dan pelajar,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Loji WtE Sungai Udang di tapak WtE Sungai Udang, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, barisan Exco dan Timbalan Exco.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib; Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar Abd Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff Corporation Berhad Syahrunizam Samsudin, Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka serta Persekutuan.

Ab Rauf, inisiatif keempat pula adalah membangunkan dua pusat kompos berasaskan sisa makanan yang telah berjaya mengitar semula lebih 5,500 kg sisa makanan dan menghasilkan lebih 1,600 pek baja kompos untuk dimanfaatkan semula.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

207
Kongsi :
Previous post SISA BUANGAN JADI SUMBER TENAGA BERNILAI
Next post WTE: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA SETARAF NEGARA MAJU