
SEL TAMBAHAN PASTIKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA TIDAK TERJEJAS
Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat
SUNGAI UDANG 2 April – Pembinaan sel baharu sedang dilaksanakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang bagi memastikan kesinambungan pengurusan sisa pepejal di Melaka dilaksankan secara teratur dan terkawal
Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, inisiatif itu dilaksanaka oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) selepas mengambil kira keperluan kemudahan berkenaan di Melaka.
Katanya, ketika ini tapak pelupusan sedia ada berdepan cabaran kapasiti yang dijangka hanya mampu bertahan kira-kira bagi tempoh satu tahun sahaja lagi.
“Projek pembinaan sel tambahan berkeluasan 20.2 hektar (50 ekar) ini melibatkan kos sebanyak RM48.5 juta dan dianggarkan mampu menerima sehingga 1,100 tan sisa pepejal sehari, sekali gus memperkukuh kapasiti pengurusan sisa semasa dalam tempoh peralihan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Loji WtE Sungai Udang di tapak WtE Sungai Udang, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, barisan Exco dan Timbalan Exco.
Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib; Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar Abd Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff Corporation Berhad Syahrunizam Samsudin, Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka serta Persekutuan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
313


