Sorting by

×

20,700 SAMBUT AIDILFITRI DENGAN MELAKA RIVER CRUISE

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DUYONG 3 April – Melaka River Cruise terus menjadi pilihan pengunjung apabila merekodkan kehadiran 20,700 pengunjung dalam tempoh dua minggu sehingga 2 April sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding hari biasa.

Katanya, peningkatan itu sekali gus mencerminkan sambutan amat menggalakkan daripada pelancong tempatan dan luar Melaka.

“Kita menyasarkan sehingga 40,000 pengunjung akan menyerbu Melaka River Cruise sepanjang Sywal dan cuti panjang antara faktor ramai pengunjung membanjiri lokasi-lokasi pelancongan di negeri ini.

“Melaka River Cruise terus menjadi pilihan utama pengunjung untuk menikmati keindahan landskap bandar bersejarah daripada perspektif berbeza, ada juga yang datang sebelah malam untuk melihat suasana meriah Aidilfitri.

“Pada sebelah malam laluan sepanjang sungai diserikan dengan pencahayaan dan dekorasi khas menambah daya tarikan kepada pelancong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Shaharul Azuar turut merakamkan penghargaan kepada warga PPSPM yang sanggup berkorban dengan bertugas secara bergilir-gilir bagi meraikan pengunjung meskipun ketika sambutan Aidilfitri.

“Kita ambil langkah proaktif dalam memastikan operasi berjalan lancar termasuk penambahan kekerapan perjalanan bot serta aspek keselamatan yang dipertingkatkan.

“Kita juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan yang menunjukkan komitmen tinggi serta pengunjung atas sokongan berterusan terhadap produk pelancongan negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR TAMBAH MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU TAHUN INI
Next post ‘MERIAHNYA RAYA!’ WARNAI MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI APRIL