Sorting by

×

WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

ASAHAN 5 April – Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak Sumber Air sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program memberi impak itu merupakan inisiatif khas dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri.

Katanya, tujuan utama program tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada anak-anak istimewa berkaitan aktiviti dan kepentingan air.

“Peserta bagi program ini terdiri daripada pelajar pendidikan khas dan Pusat Dalam Komuniti (PDK) melibatkan sembilan sekolah serta dua PDK dalam DUN Asahan.

“Selain Explorace Anak Syurga ini kita turut melaksanakan pertandingan mewarna individu mengikut tahap usia mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Explorace Anak Syurga: Jejak Sumber Air sempena WRUR DUN Asahan di Dewan Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Pengarah BKSA negeri Azizul Adzran Mahmor dan Timbalan Pengarah JKM negeri Mohd Zambry Abulis.

Dalam pada itu, Fairul berkata beliau turut menyampaikan sumbangan kepada sembilan sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan dua PDK dalam DUN Asahan.

“Kita menyumbang setiap sekolah (PPKI) dan dua PDK RM2,000 setiap satu sebagai galakan untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti merangsang minda pelajar yang merupakan anak-anak syurga dalam DUN ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

421
Kongsi :
Previous post MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
Next post WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN