Sorting by

×

WRUR GADEK: 80 PROGRAM DIGERAK, MASALAH RAKYAT JADI KEUTAMAAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

GADEK 11 April – Sebanyak 80 program dirangka sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek Alor Gajah: Kampung Kita yang berlangsung selama lapan hari bermula 12 hingga 18 April 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek Datuk VP Shanmugam berkata, pelbagai pengisian telah disusun merangkumi program di masjid, kuil dan tokong selain aktiviti santai bersama masyarakat termasuk sesi pertemuan di kedai kopi.

Menurutnya, pendekatan itu dilihat sebagai antara yang terbaik dalam usaha mendekati rakyat secara lebih menyeluruh tanpa mengira latar belakang.

“Sepanjang WRUR ini, pegawai-pegawai kerajaan akan berkampung di DUN Gadek selama lapan hari dan ini merupakan pendekatan yang sangat baik untuk rakyat di kawasan ini.

“Kita juga akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Gadek malam ini sebagai sebahagian daripada pengisian program,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Hari Aduan Rakyat sempena Program WRUR DUN Gadek di Taman Sebang Gemilang, di sini, hari ini.

Tambah beliau, fokus utama penganjuran WRUR di DUN Gadek adalah untuk mengatasi masalah rakyat melalui pendekatan turun padang dan interaksi secara langsung.

“Fokus kita hanya satu iaitu untuk mengatasi masalah rakyat. Jadi setiap program yang diatur adalah bertujuan mendengar sendiri suara mereka dan mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

700
Kongsi :
Previous post MPHTJ TIDAK KOMPROMI PREMIS MAKANAN KOTOR
Next post TOK RAOP GAMIT MEMORI BERGELAR PELAJAR SMK GHAFAR BABA